Wednesday, October 14, 2015

KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS

Surah Al-Ikhlas

Rumi :

BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

QUL HUWALLAAHU AHAD 1. ALLAAHUS-SAMAD  2. LAM YALID WA LAM YUULAD 3.
WA LAM YAKUL LAHU KUFUAN AHAD 4.

Maksud :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 1. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 2. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 3. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". 4.

KELEBIHAN


  • Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas 10x siang dan malam, maka ALLAH membinanya sebuah rumah di SYURGA.
  • Membaca surah Al-Ikhlas 11x selepas solat fardhu, Allah akan menguatkan imanya.
  • Pahala membaca surah Al-Ikhlas 1x seperti pahala membaca 10juzuk Al-Quran, manakala 3x bersamaan pahala khatam Quran.
  • Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit dan sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim menuju ke Syurga
  • Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas 10x selepas solat fardhu Subuh, maka ia tidak akan tegelincir sekalipun syaitan memperdayanya bersungguh-sungguh.
  • Membaca 3x selepas setiap solat fardhu, kita mengubati diri kita sendiri. Surah Al-Ikhlas adalah penawar segala penyakit.
  • Sesiapa membaca 11x kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada pembaca pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.

MARI MENYEMARAKKAN KEBAIKAN WALAUPUN ILMU SEBESAR ZARAH

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Pernah kah bila kita ingin berhijrah, dalam masa yang sama, kita ingin kawan2 sahabat baik kita bersama2 kita berhijrah dan mencari REDHA ALLAH bersama2? Akan tetapi dibalas dengan kata2 seperti :-


  1. " ko jaga lah tepi kain ko!"
  2. " baru sehari dua berubah, dah nak suh org buat baik.. baiki diri sdiri dlu lah"
  3. " tunggu ko da perfect, baru aku ikot ko"


Dari Anas RA, ia berkata, kami bertanya,

“Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran.”

Maka Nabi SAW bersabda,
“Tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah dari kemungkaran, meskipun kalian belum meninggalkan semuanya.” (HR. Thabrani).
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan — Imam Hasan al-Basri

APABILA ALLAH TIDAK MENGKEHENDAKI KITA LAGI

Sesungguhnya dunia ini hanyalah "JAMBATAN" menunggu ke kehidupan yang KEKAL antara SYURGA atau NERAKA.

Apabila Allah tidak menghendaki kita lagi:

-Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
-Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
-Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
-Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambah harta.
-Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kita kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan.
Sekiranya kita boleh bertanya kepada orang yang telah pergi menemui Allah SWT dan mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih untuk tidak akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.