![]() |
| Surah Al-Ikhlas |
Rumi :
BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM
QUL HUWALLAAHU AHAD 1. ALLAAHUS-SAMAD 2. LAM YALID WA LAM YUULAD 3.
WA LAM YAKUL LAHU KUFUAN AHAD 4.
Maksud :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 1. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 2. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 3. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". 4.
KELEBIHAN
- Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas 10x siang dan malam, maka ALLAH membinanya sebuah rumah di SYURGA.
- Membaca surah Al-Ikhlas 11x selepas solat fardhu, Allah akan menguatkan imanya.
- Pahala membaca surah Al-Ikhlas 1x seperti pahala membaca 10juzuk Al-Quran, manakala 3x bersamaan pahala khatam Quran.
- Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit dan sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim menuju ke Syurga
- Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas 10x selepas solat fardhu Subuh, maka ia tidak akan tegelincir sekalipun syaitan memperdayanya bersungguh-sungguh.
- Membaca 3x selepas setiap solat fardhu, kita mengubati diri kita sendiri. Surah Al-Ikhlas adalah penawar segala penyakit.
- Sesiapa membaca 11x kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada pembaca pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.


